PERIHAL SMKTK
SEJARAH
| Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas ditubuhkan pada 2 Januari 1989 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang. Jumlah pelajar ketika itu adalah seramai 280 orang sahaja. Pada tahun 1991, seramai 500 orang pelajar bertambah. Pelajar-pelajar di sekolah ini terdiri daripada tiga kaum terbesar di negara ini. Kelas-kelas yang dibentuk pada masa itu ialah 4 kelas peralihan dan 3 kelas tingkatan 1. Tenaga pengajarnya pula adalah seramai 10 orang di bawah pentadbiran pengetua pertamanya En. Abdul Talib Bin Ismail. Beliau telah menjalankan tugas sebagai pengetua di sekolah ini pada awal semester kedua 1991 dan kemudian bertukar ke Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang. Pada minggu kedua persekolahan semester 1 sesi 1990/1991, SMKTK berpindah ke bangunan baru yang siap di bina di Taman Kosas, Ampang yang pelajar-pelajarnya datang dari Taman Kosas, Taman Ampang Indah, Kampung Melayu, Taman Sri Watan, Taman Sri Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Bukit Indah, Taman Dagang, dan Taman Halaman. Maka dengan itu, SMKTK tidak lagi hidup dengan menumpang di SRK Taman Tasik kerana ia telah mempunyai bangunannya sendiri. Bilangan murid ketika ini sudah mencapai 1000 orang. Bilangan kelas bertambah menjadi 27 buah dan bilangan guru pula seramai 47 orang. Pada Jun 1991, Tuan Haji Hashim Bin Chik mengambil alih tugas sebagai pengetua kedua sehingga persaraan beliau pada 30 November 1993. SMKTK seterusnya adalah di bawah pentadbiran Tuan Haji Abdul Karim Mohamad iaitu pengetua ketiga sehingga 30 November 1995. Beliau diganti oleh Puan Khu Khiok Boon pada 1 Disember 1995 sehingga persaraan beliau pada Julai 1996. Puan Siti Nor Binti Mohamed mengambil alih tugas sebagai pengetua kelima sehingga persaraan beliau pada 7 Mei 1999. Beliau diganti oleh En. Gurdev Singh A/L Gurnam Singh PJK. Beliau terus menerajui SMKTK sehingga kini dan SMKTK mencipta nama |
BENDERA SMKTK

PENGETUA SMKTK
![]() |
EN.GURDEV SINGH A/L GURNAM SINGH (1999-SEKARANG)
LENCANA SMKTK

GAMBAR-GAMBAR PERKARANGAN SMKTK
TEMPAT LETAK BASIKAL
PONDOK GUARD
Bilik Komputer SMKTK Bilik Sukan SMKTK
|



Copyright © 2005 .WEBMASTER
bravenet.com